.:: ZULAIKHA ::.: January 2011

.::duit sewa rumah::.

Tuesday, January 25, 2011

Pelik tapi benar: Masuk rumah hantu lepas tu jerit-jerit.

Assalamualaikum. Salam sejahtera. Salam ceria kawan-kawan pembaca sekalian.

Kalau tengok tajuk ni, mesti ada yang tak puas hati. Lebih-lebih lagi pengusaha rumah-rumah hantu di funfair ataupun di karnival-karnival. Mungkin juga sesiapa yang suka masuk rumah hantu akan bidas ayat-ayat Zu hari ni. Tak ketinggalan, mungkin akan ada pembaca yang setuju dengan apa yang Zu nak cakap. Apa sekali pun, cuba baca dulu. Jangan gaduh-gaduh. Ok?


Masa Hari Terbuka Kolej Za'ba 2 3 hari lepas, kawan Zu ada ajak masuk rumah hantu. Tapi dengan segala hormatnya Zu tolak. Reason? Buat apa kalau masuk kalau lepas tu nak jerit-jerit? Aaaaa [Sila buat gaya orang menjerit] sane. Aaaaa sini. Betul-betul tak faham.


Nak kata penakut, tak kan la kot. Kalau penakut macam saya mesti la tak masuk awal-awal lagi kan? Zu ni pun bukan la berani sangat-sangat. Tapi kalau setakat cerita hantu tu alaahh.. memang tak tengok la. Bukannya apa, sebab tak nak jadi over imaginative je. Karang susah nak tidur malam. Huhu.


Ok. Berbalik kepada tajuk asal, korang rasa kenapa diorang (refer to orang yang jerit-jerit bila masuk rumah hantu. Kalau cool je, biar la nak masuk 10 kali pun..) kena nak jerit-jerit? Sebab terkejut or sebab takut? Ke ada sebab-sebab lain? Kalau ada idea korang boleh share kat ruang komen. Jangan segan-segan [iklan jap]


Kita ambil sebab kedua. Kalau takut, mesti la diorang tak masuk kan? Katakan diorang ni menjerit sebab terkejut. Terkejut - 'ter' means tak sengaja atau tak dijangka. Tu dah tak boleh nak buat apa la. Tapi, kenapa menjerit tahap high pitch? Cuba mengucap ke, istighfar ke. Kan insaf hantu-hantu tu. Huhu. Tak pun just jerit perlahan dah la. (Eh, ada ke jerit camtu?).


Sebenarnya la kan.. Kalau kita menjerit-jerit ni lagi la hantu betul-betul a.k.a syaitan suka. Karang tak pasal-pasal mengundang histeria. Tak pun kena rasuk. Nauzubillahiminzalik. Elok-elok nak suka-suka, kan dah jadi duka. 


Makanya, janganlah kita mengundang perkara-perkara yang 'merbahaya' ni. Saya rasa kita sendiri sedia maklum akibatnya macam mana. Kan? Kalau nak masuk rumah hantu atau nak tengok cerita hantu (bagi orang besar, budak-budak saya tak galakkan) saya tak kisah, cuma jangan la menjerit-jerit terjerit-jerit. Ingat, bukan kita je yang ada dalam dunia ni. Ya?


p/s: Entry ini dibawakan khas dari cafe BitaraSiswa UPSI. :)

salam sayang;
-zulaikha-

Wednesday, January 19, 2011

1 Step Forward

Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Salam ceria di hari Rabu.

Jujurnya selama hampir 3 tahun bergelar seorang pelajar UPSI (yang orang cakap bakal jadi cikgu), Zu jarang terasa aura nak jadi cikgu. Masa zaman sekolah dulu memang la cita-cita dulu-kini-dan-selamanya nak jadi cikgu, tapi since masuk matrik minat Zu dah berubah sikit. Dah terpesong ke arah kejuruteraan. Memandangkan Zu terlebih minat subjek Matematik dan Kimia, so planning nak ambil chemical engineering. Tapi sampai sekarang Zu tak faham, macam mana Zu boleh isi course pendidikan sebagai pilihan pertama & ke-2. Chemical engineering pulak Zu letak pilihan ke-3. 


Dan selama hampir 3 tahun ni jugak, subjek EDU Zu memang hancus. Jarang bebenor dapat A, sampai pernah penasihat akademik(PA) Zu tanya macam mana boleh dapat B untuk subjek Falsafah dan Dasar. So, bertambah la rasa kuciwa plus minat pun makin kurang. 


Ok. Stop kat situ. Panjang pulak intronya ye. 


Hari ni, Zu dan lagi 4 orang kawan pergi SMK Dato' Zulkifli Muhammad, Slim River, Perak. Kitorang pergi sana untuk minta izin pengetua untuk buat assignment makro-pengajaran (macro-teaching) kat sekolah tu then, kitorang kena minta izin cikgu (Math) untuk ganti dia mengajar (for 2-period class). 


Bila masuk je sekolah tu, da rasa something dah. Takut. Risau. Berdebar. Excited. Semua ada. Lepas jumpa pengetua & sambil tunggu jumpa cikgu (sebab cikgu ada kelas), macam-macam kitorang fikir. Suasana kat sekolah nanti. Macam mana nak mengajar. Student macam   mana. Pokoknya semua lah! Lagi pun, semester depan kitorang dah nak praktikal dah. So, sambil tu fikirkan untuk praktikal sekali dan bukan untuk kali ni je.


Maka, buat pertama kalinya baru Zu betul-betul rasa yang 
"Aku ni dah nak jadi cikgu rupanya.." 
Serious! Selama ni perasaan tu macam tak timbul lagi. Kalau ada pun just sikit-sikit je. Tu pun sempat lagi nak main-main. Lepas ni dah tak boleh main-main dah. Kena serius sikit. 


Oh ya, InsyaAllah pertengahan bulan Feb ni Zu akan jumpa dengan 1st student Zu. Pelajar tingkatan 4. Zu akan ajar Matematik Moden. Doakan Zu berjaya ye. Tak sabar la pulak. Apa jadi agaknya kan?


So, tu la ceritanya. Kisah hidup insan bernama Zulaikha yang sekarang ni dah bergerak setapak ke hadapan. Sekarang dia dah terima hakikat yang dia insyaAllah bakal menjadi seorang cikgu. Pada masa yang sama, dia cuba untuk kekalkan semangat tu sambil cuba baiki apa yang kurang dalam diri dia. Tamat.


p/s: Lagi suka Add math dari Math Mod. Ada sesiapa yang se-geng tak? 

p/s lagi: Jutaan terima kasih buat cikgu-cikgu SMK Dato' Zulkifli Muhammad (khususnya cikgu-cikgu Math) sebab bantu kami hari ni. Siap bagi tips-tips mengajar lagi. Terbaik la!!

salam dari perantauan(?);
-zulaikha-

Sunday, January 16, 2011

Header baru lagi!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam senyum simpul lepas tulis entry merapu (rujuk entry sebelum ni). 

Yeah. Lepas lega membebel kat entry sebelum ni, Zu sambung pula dengan menconteng header untuk blog kesayangan ni. Bukannya apa, rasa bosan pulak tengok header lama. Hehe.

So, untuk header kali ni, simple je. Tapi Zu ada apply something yang baru Zu belajar masa cuti hari tu iaitu guna brush tool (klik link untuk tutorial) dengan sponge tool. Bagi yang dah tahap master tu, sila redha ye. Saya tak mampu lagi nak buat header gempak tahap bombastik! Ni aje yang mampu. 

Oh, ya. Tambah lagi satu, eh, lagi dua sebenarnya. First, ada tambahan pensel dan kertas tu. Ibarat blog ni tempat menconteng gitu. Haha. Eh, rasa macam tak baik pula panggil tempat conteng. Tukar la.. Jadi tempat mencurahkan idea. haaa. Kan lagi cute. (eh??) Yang kedua, ada signature.

Hurm.. Tu je la kot yang berbeza dari header2 yang dulu. Apa pun, hope korang selesa dengan header baru ni.  

Ok. La.. Jam pun dah tunjuk angka 2.00am. Dah la membebel untuk hari ni. Zu pun nak tidur. Korang tidur la ye. Jumpa lagi lain kali. Nite. 

Sayang awak semua. 

Pesanan penaja:
- Kalau rasa bosan jangan conteng dinding. Conteng kat Adobe Photoshop. Lagi baik. Peace!


love;
-zulaikha-

The place.

Terima kasih sebab sekali lagi dengar aku membebel kat sini.
seriously, malam ni rasa sangat tak best.
Tapi aku still rasa bertuah sebab ada tempat ni.
yup!
THIS BLOG
the place where i can express my felling.


Kadang2, kita rasa tak ada seorang pun yang sesuai dengar masalah kita.
Plus, tak kan asyik nak bebankan kawan dengan masalah cikai2 ni kan?
Masalah hati dan perasaan.
Arrgghh.. Bosan kot..
So, kat sini lah tempatnya.


Kalau korang pun rasa bosan dengar baca aku membebel ntah ape2 ni.
Sila klik tanda pangkah kat sudut kanan belah atas.
Aaarrgghh...
Aku baru teringat yang korang baca apa yang aku tulis ni.
Spoil betul la.
So aku dah malas nak tulis lagi.
Adios!


p/s: Err.. kalau tak silap aku, ni first entry luahan perasaan yang marapu kot...

p/s/s: Kalau kau rasa tajuk tak ada kena mengena dengan apa yang aku tulis, abaikan je tajuk tu. 

p/s/s/s: Maaf atas penggunaan ganti nama 'aku' pada yang lebih berusia.

entry membebel ini dibawakan khas oleh;
-ahkialuz-

Friday, January 14, 2011

Jangan pengaruh pelajar kami.!!

Haaa.. Garang tak?? Well tu hanya tajuk. Isi dalam dia? Entah la..Kalau nak tahu kena baca sampai habis. Boleh?

Ok. First and foremost, Syukur Alhamdulillah kita boleh bernafas lagi saat ni. And thanks to all of you yang baca blog ni (ade ke?). Entry kali ni Zu nak petik kata-kata dari seorang sahabat yang ditulis dalam facebook beliau.

Ok. Kat status sahabat ni dia tanya pasal siapa yang tak suka Matematik. Lepas tu ada la komen-komen dari kawan-kawan lain. So apa masalahnya?? Sabar.. Sabar.. Apa yang Zu nak cerita bukan pasal tu. Itu intro je. Karang kalau terus je pot pet pot pet sana sini, korang tak jelas pulak jalan cerita dia macam mana. Right

Bahagian yang buat Zu cantik menarik tertarik kau memang da bomb ialah ayat beliau ni...


"...cume pesanan ak, jgn ckp math susah dgn anak2 @ student ko ea.. kasihanilah kami yg pening utk fikirkan lesson plan yg boleh memikat hati dan memotivasikan pelajar supaya ghairah nak belajar math..
kalau kau berjaya meracuni fikiran 1 murid, murid tu akan meracun fikiran kawan2 dia at least 5 org.. 
1x5= 5 org akan becik gilak dgn math.. kalau satu kelas ada 30 orang,
30x5= 150 org bencik sama math.
kalau ko ada 4 kelas, student ko akan jadi 120 orang.. itu untuk satu batch.. 
satu batch saje boleh meruntuhkan minat 120x5=600 org benci sama math..
(penting x matematik di sini)
promote kan math untuk kami.. hehe..."


Yeah.. nampak tak di situ. Jangan cakap korang tak suka matematik kat anak-anak atau adik-adik atau yang sewaktu dengannya ye. Kesian kat Zu dan kawan-kawan. Dan tak lupa juga kesian kat cikgu-cikgu kat sekolah nun nak bagi murid-murid dia saaaayang bangat sama Math

FYI, ada satu subjek yang kitorang ambil semester ni kena buat rancangan pengajaran (lesson plan). Siap kena berlakon kat depan ibarat kat sekolah nanti. Perrrggghh... Punya la mencabar nak fikir lesson plan tu. Nak kena buat sesuatu yang menarik minat pelajar. Then baru sedar, jadi cikgu ni bukan sekadar masuk kelas ajar bla bla bla lepas tu balik. Banyak lagi nak kena fikir rupanya.

Dan ada 1 perkara yang betul-betul lari dari apa yang Zu fikir selama ni. Sebelum ni Zu ingatkan kita ajar student macam kita ajar kawan-kawan masa zaman sekolah dulu. Ye la. Zaman sekolah dulu, even sama-sama tak tahu, tapi boleh je nak tolong ajar member. Tapi zaman sekarang a.k.a akan datang.. Hurmm...

Jadi sebelum saya mengundurkan diri, saya nak ulang sekali lagi (ewah.. ayat tak mau kalah..) jangan la cerita kat kanak-kanak yang korang tak suka Matematik ataupun pi habaq kat depa yang Math ni susah.(eh, ok ke aku cakap utara?. kui3..). Kalau tak percaya cuba tengok ni [The beauty of Mathematics

p/s: Jangan suruh aku ajar Sejarah. Nanti diorang yang ajar aku balik. Huhu.


Update: Lupa pulak. Credit to Aisyah untuk quote tersebut. :)
Math lover;
-zulaikha-

Sunday, January 9, 2011

Hantu punya pasal. Kawan - kawan den dapat susah.

Hye. Firstly Zu nak minta maaf kat kawan - kawan pembaca pengomen blog ni. 

Zu perasan dah 4 komen spam yang masuk ke blog ni. Yup. Zu akui jumlah ni mungkin sikit berbanding comment spam yang masuk ke blog orang lain. Tapi hak tuan blog la kan nak bertindak macam mana. Kan? Kan?

Sebelum ni zu tak ada la rasa terganggu sangat sebab semuanya berjaya ditapis. Tapi tadi ada jugak yang terlepas. Dan ia telah mengganggu mood yang indah lagi permai ni. 

Maka disebabkan makhluk annoying tanpa nama yang suka spam kotak komen orang tu, zu terpaksa buat word verification. Jadi sekali lagi Zu minta maaf kalau tindakan ni menyusahkan korang. 

Kalau korang ada cadangan lain nak elakkan komen spam, boleh la bagi tau ye. 

love;
-zulaikha-

Dr. Sheikh Muszaphar bakal terima cahaya mata?

Tak tahu la nak menangis sedih ke menangis gembira. huhu. Zu baru je baca kat blog Qimie dot com tentang 



"We are looking forward for this coming July
for the due of our tiny baby astronaut ....
Just sharing the good news ....." 


Apa - apa pun, tahniah buat Dr. Sheikh Muszaphar dan isteri. Semoga baby menjadi anak yang soleh/solehah. 

update: 
Ni untuk peminat - peminat beliau..






Nota: Malam ni mood baik. Harapnya baik sampai ke esok la ye.. Sori tak update panjang - panjang. Bukan dalam mood menulis. :)


p/s: Teringat masa kat matrik. Memang minat abes la. Bertampal sana sini. Tak percaya? tanya roomate or classmate. =)

love;
-zulaikha-

Thursday, January 6, 2011

ceritera hidup.

Hye. Bertemu lagi kita kali ni. Ni tengah nak biasakan diri blogging balik. Actually recently idea payah sangat nak datang. Dah dua tiga kali asyik menghadap laptop tulis dua tiga baris lepas tu stop. Tak tahu nak tulis apa. Mood nak menulis pun kurang. Haiisssyyy. 

Bila tengok blog orang lain, mula la terfikir. Bestnya dapat tulis something. Oh ya, bila cerita tentang blog orang lain, zu nak ucapkan JUTAAN TAHNIAH untuk INCIK ASADA RYUTARO sebab dah mempunyai domain sendiri iaitu http://www.budakmalaysia.com. Kalau tak silap baru je jugak beliau tukar domain. Tapi kalau zu agak terlambat, minta maaf la ye. hehe. Excited pulak rasanya. Walaupun Asada yang ada domain sendiri tapi zu pulak rasa seronok. Haha. Bolehkan asada? Alaa.. Bukan apa, Zu pun teringain jugak sebenarnya nak ada domain sendiri. Tapi masalahnya kalau blogging on-off macam ni, macam rugi je. kan? hurm..Tak pe lah... Biar masa yang menentukan. Huhu..

ok la. Sampai sini je la dulu. Sebab idea pun dah tak ada. Agaknya dia dah beku kot sebab cuaca sejuk. Hehe. So, sejuk - sejuk macam ni elok la kita tido. kan? kan? kan? tata semua. see you soon..

Cak!! Zu ada lagi la.. Tadi rasa nak tidur. Tapi kepala rasa berat je. So tak jadi tidur. Mana tak berat. Duk fikir pasal proposal. Tajuk pun tak tahu lagi nak buat apa. Kalau boleh tak nak buat something yang berkaitan dengan education. Bosan. Huhu. Pasal nak mengajar pun satu hal. Nak kena pergi sekolah. Takut tahu!

Ok la.. Jam dah tunjuk pukul sebelas. Dah terlebih masa online dah ni. Kerja pun tak buat lagi. Huhu. Kali ni nak stop betul - betul. Tata.. Jumpa lain kali ye..

p/s: boleh ke dari kawan ber 'kau-aku' tiba - tiba jadi lovey-dovey? Tak kekok ke nanti?

love;
-zulaikha-

Tuesday, January 4, 2011

entry pertama 2011

Hye. Assalamualaikum. Korang apa khabar? Dah lama rasa tak menulis, sampai rasa kekok pulak. Mood nak menulis pun kurang. Sepanjang cuti sebulan ni banyak perkara yang berlaku. Banyak jugak sebenarnya idea yang datang masa duk kat rumah. Tapi semua dah lesap. Sebab tu la korang tengok blog Zu ni asyik tak update je.


Haa.. Sebelum terlupa, SELAMAT TAHUN BARU ye kawan - kawan. Harap Zu tak terlambat la ye. Tahun 2011 ni banyak perkara yang bakal berlaku kat diri Zu. Antaranya tahun ni ada Latihan Industri  (LI) ngan Praktikal! Praktikal yang tak leh tahan tu~~. CUak seyh.. Macam tak percaya je nak jadi cikgu. Huhu. p/s: taun depan dah abes!! yea!!


Selain dari cerita tahun baru, hari ni jugak Zu rasa seronok, lega, n rasa ringan sangat. Ada 2 sebab, tapi biar la dua - dua sebab tu jadi rahsia. Maaf la ye. hehe..


Ermm.. jam kat lappy ni pun dah tunjuk angka 1.00am. Biar la zu tidur dulu ye. Esok ada kelas pagi. Kelas padat pulak tu. Dari 8am-1pm lepas tu sambung pulak 2pm-7pm. Hish. Dasat.! Macam mane la esok ye. huhu. 


ok la.. Salam rindu tulus dari hati..

with love;
-zulaikha-
Related Posts with Thumbnails