.:: ZULAIKHA ::.: February 2010

.::duit sewa rumah::.

Sunday, February 28, 2010

Happy Birthday Nuffnang!!

Happy Birthday to you..
Happy birthday to you..
Happy birthday to Nuffnang…
Happy birthday to you..

yeah!!! Nuffnang dah tua!! erk..tua ke?? muda lagi kot. baru 3 tahun. hehe.. Sure korang dah tau siapa Nuffnang tu kan. tapi kalau korang tak tahu lagi tak pe. meh baca ni. [klik kat sini]

Tahniah untuk owner Nuffnang iaitu Timothy Tiah dan Cheo Ming Shen. Kalau korang nak tahu, Nuffnang.com.my dilahirkan pada 27 Feb 2007. Semalam cukup 3 tahun. Maaf la ye lalink I wish lambat sehari. hehe. 

Nuffnang target 300 blogger join diorang dalam tempoh 3 bulan pertama. 1st target berjaya. Dalam masa 3 hari je, ada 300 blogger yang sign up dengan Nuffnang. Bermula Julai 2009, Nuffnang dah meluaskan kawasan takluk diorang (selain Malaysia) ke Singapore, Filipina, dan Australia. Sekarang ni dah ada 130 000 blogger join Nuffnang. ramai kan?



memori Zu dan Nuffnang:

masa dulu – dulu, zu pelik bila blogwalking tengok ada banyak iklan2 kat blog/website orang. (time ni .::ZULAIKHA::. dah wujud tapi nama lama dia ‘’it’s my point of view’’) Kenapa diorang letak iklan ek? kalau tak pun, bila blogwalking, zu mesti jumpa logo nuffnang kat sidebar diorang. ada apa dengan Nuffnang? Kenapa senua orang nak letak? lepas tu ada plak dengar orang cakap buat duit dengan blog. tapi macam mana? time ni zu cam interested, tapi tak tahu cara. biasa la kan, cuba korang cakap siapa yang tak suka duit. betul tak?? hehe.. 

zu pun tak berapa nak ingat dari mana zu baca pasal nuffnang ni. but now i know what Nuffnang is. dan zu join nuffnang ni pada 11.10.09. (11oct2009). 



Kenapa saya suka Nuffnang? sebab dia best…

1. Nuffnang makes me happy. No more Monday Blues.
3 bulan pertama (bulan 10 sampai bulan 12) zu punya earning still RM 0.00 kat bawah tu pulak dier tulis “50.00 before you get paid”. sabar je tapi dalam hati ‘macam mana la diorang boleh dapat beratus – ratus?’. Sebenarnya, kalau nak dapat berjuta - juta beratus – ratus tu, kita kena aktif blogging. baru la edvertiser nak bagi iklan kat kita. zu pulak tak boleh nak update entry selalu. line internet tak ok. Bila dah balik UPSI semula, zu mula aktif berblog. macam sekarang ni la. tak sah kalau online tapi tak jenguk blog. hehe. Hasilnya? 1st week of Jan 2010, I got RM0.75. masa tu(isnin,11jan2010), seronok yang amat. ye la, dah lame kita tunggu kan.. sekarang ni zu excited nak tggu hari isnin. =) thanks Nuffnang for makes me happy. No more Monday blues. hahha.


2. Me - Nuffnang - Bloggers.
Selain tu, dari Nuffnang juga la zu dapat ramai kawan baru. saya lawat awak, awak lawat saya, saya lawat awak balik dan seterusnya. lama - lama, ramai la kawan2. kita kena beramah mesra gitu. hehe.. dari Nuffnang-innit pun kita boleh tukar - tukar fikiran dan tambah kawan baru.



hmm.. rasanya dah panjang sangat ni.. kalau korang baca sampai habis tu terima kasih la ye. once again. HAPPY BIRTHDAY NUFFNANG!! i love u. heheh...

entry berkaitan

with love;
-zulaikha-

Friday, February 26, 2010

shoutbox dah hilang??

nota bumbung-rumah: kalau korang cari shoutbox zu tapi tak jumpa. korang jangan bimbang. shout box tu tidak dibuang. cuma disorokkan je... jangan la pulak korang melompat ke blog lain pulak sebab tak jumpa shoutbox ye...hehhe..

alhamdulillah.. akhirnye shoutbox zu dah selamat disorokkan.. hehhe... thanks to mr.anarm dan pisyek sebab share cara - cara nak buat shoutbox ni menyorok...hehe... f.y.i, tutorial ni dr mr.anarm tapi diedit sedikit sebanyak dan digabungkan idea yang dicedok dr pisyek. then the result is.. jadi la macam apa yang korang tengok kat belah kanan ni...

okey la.. nak inform tu je.. Salam Maulidurrasul untuk semua umat Islam... =)

love;
-zulaikha-

.an entry in happy mode.

hai..hai..hai.. selamat pagi Malaysia..!! saya sangat seronok pagi ni. kenapa??
sebab... hari ni cuti!! yeayy!! hari ni bersamaan dengan 12 rabiulawal a.k.a Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW. *selawat weyh*. pagi ni rasa tenang je. cuaca redup dengan angin sepoi2 bahasa melayu. ohh.. indahnya hari ini. harap2 sampai ke petang. bukan hujan di tengah hari. ecece.. bagi peribahasa la pulak zu ni.

sejak lepas subuh tadi sampai sekarang duk mengadap lappy dan berblogwalking. mentang2 la hari ni cuti. So macam2 entry blog yang zu jumpa dan baca. most of the blog memang cantik-menarik-tertarik-kau-memang-da-bom la. 

one of them is blog pisyek. memang banyak tutorial photoshop kat situ. kalau korang pun kaki-edit-gambar-guna-photoshop boleh la menjengah ke blog ni. ni bukan kes promot pisyek sebab dier bagi duit  kat zu yer.. mesti tersedak2 si pisyek ni nanti. just nak kongsikan dengan korang yang minat photoshop sebab zu pun memang minat gila juga. so, lepas baca entry ni korang boleh la pergi blog dia pulak yer..baca la sampai habis dulu yer.

then zu sambung blogwalking kat blog2 yang zu follow. pastu zu jumpa lagi entry menarik kat blog cik zara. nak tahu apa dia?? jeng3.. perjumpaan antara blogger di Malaysia. ni bukan perjumpaan biasa tau. ni nak buat Malaysian Book Of Record. tarikh: 6 mac 2010. best nya kalau dapat pergi. tapi time tu zu agak busy dengan assignment dll.. huuh.. kalau nak lebih detail, klik kat sini. klik elok2 yerr... 

okey la.. sampai sini je coretan hati dari miss zu. lain kali kite sembang2 lagi yer...

jangan lupa untuk tinggal link korang di .::ZULAIKHA JR::. okeh.. =)

-zulaikha-

Wednesday, February 24, 2010

lycanthropy? apa tu??

assalamualaikum..
intro:
tarikh & hari: 13 februari 2010. Sabtu.
masa: lepas balik dr kenduri kat rumah adda. abang dia kahwin ok. bukan dia.
ahli2 ronggeng: ahmad syazwan rusli a.k.a amad, azyan azilah halimi a.k.a yan dan zulaikha mohd nor a.k.a zul.
situasi: amad nak tgk My Name is Khan. tapi cite tu lak xde. pastu yan cadang tengok Percy Jackson And The Lightning Thief tapi cerita tu pukul 7++ (7.30 kalau tak silap). lepas pikir-punya-pikir kitorang decide nak tengok Wolfman.

 

 vs


ok.stop.tukar carita. 


sebenarnya nak cerita pasal Lycanthropy.
apa kaitan Lycanthropy ni dengan cerita wolfman??

bagi yang dah pernah tengok cerita ni, mesti korang pernah dengar perkataan ni.
sebenarnya...
  • Lycanthropy ni adalah kemampuan atau kekuatan manusia untuk mengalami transformasi menjadi serigala, atau untuk memperoleh karakteristik mirip serigala. perkataan lycanthropy kadang-kadang digunakan secara umum untuk setiap transformasi daripada manusia kepada bentuk haiwan, padahal istilah yang tepat untuk transformasi tu secara teknikal ialah "therianthropy".
  • asal usul istilah ni adalah dari lykánthropos (λυκάνθρωπος). λύκος, lýkos ("serigala") dan άνθρωπος, anthropos ( "manusia").
  • Lycanthropy ni pun sejenis penyakit mental.(kadang - kadang disebut lycanthropy clinical). dalam kes ni pesakit percaya bahawa dia adalah/telah bertukar menjadi binatang dan pesakit akan berkelaluan macam binatang tersebut. (kalau dalam cerita wolfman, dia jadi serigala dan perangai dia pun macam serigala. makan daging, suka2 hati pecahkan muka+badan+perut+dll orang lain).
  • masalah lycanthropy ni selalunya dikaitkan dengan sihir, kepercayaan terhadap perkongsian jiwa antara manusia dan haiwan. Bagi lycanthropy clinical, seseorang pesakit dikatakan berhalusinasi dengan transformation yang dia alami. selain daripasa itu, mungkin pesakit mengalami perbezaan atau perubahan di bahagaian otak diorang. 
sekian dr zu. kalau korang nak tau lebih lanjut, sila tanya en.wiki ye.. =). 



p/s: HAPPY BIRTHDAY 2 AHMAD SYAZWAN n SYAFIQ SALLEH!!!

    -zulaikha-

      Monday, February 15, 2010

      ambil perHATIan dan baca HATI2.

      salam... ni ada aktikel yang zu rasa menarik untuk dikongsi dengan korang... artikle ni saya petik dari buku "Teori Pendidikan Pemikiran Global" karya Dato' Prof. Dr. Mohd. Yusof Hasan.

      -HATI DALAM BUDAYA MALAYSIA-
      Dalam kebudayaan masyarakat Melayu terdapat beberapa simpulan bahasa yang berkait rapat dengan hati atau kalbu. Ada beberapa cerita dalam anekdot dan episod dalam kehidupan orang - orang Melayu. Misalnya:
      "Kita mesti menjaga hati orang tua-tua kita kerana mereka senang jauh hati, susah hati dan makan hati. Mereka akan berasa teguh hati dan tetap hati serta sentiasa terbuka hati kalau kita berhati-hati dalam usaha menawan hati mereka. Pintu hati mereka akan terbuka sekiranya kita dapat mencuri hati mereka. Oleh itu janganlah bersifat busuk hati, tanpa berhati perut dan sebaliknya sentiasa bersih hati dan suci hati kita."
       Kini manusia menghadapi masalah hati - hati yang baik dan hati yang jahat. kalau semua baik hati dan bersih hati, kekacauan tidak berlaku, pergaduhan tidak berlaku, dan peperangan tidak berlaku.

      Moral of the story: jagalah hati anda. jangan jadi busuk hati.

      Sunday, February 14, 2010

      Valentine's Day itu HARAM.

      Hari Valentine.
      dimana kita dapat lihat pasangan masing-masing berasmara; memberi bunga; coklat; menonton wayang dan sebagainya. Bagi pasangan-pasangan di serata dunia; tarikh 14 februari membawa makna yang sangat besar; tapi kita sebenarnya buta; konspirasi "mereka" untuk menyesatkan kita sentiasa berterusan.

      kalau kita baca buku teks KBSM (kerja berat sampai matil) ; memang tak diceritakan langsung perihal Hari Valentine; in terms of Bahasa Malaysia; Hari Memperingati Kekasih. Tahukah anda bahawasanya sejarah Hari Valentine ini agak klasik dan memang boleh memesongkan akidah kita wahai pembaca blog yang beragama Islam sekalian? 
      Kalau nak diikutkan; banyak versi sejarah pasal Hari Valentine nih; tapi setelah dikaji dan diselidiki; pakar sejarah mendapati bahawa Hari Valentine ini berasal dari sebuah upacara bangsa romawi dahulukala (Romans) untuk memperingati sebuah grand event pada 15 Februari yang dinamakan "Lupercalia"


      tujuan Lupercaria diadakan adalah untuk memperingati Juno (Tuhan Perempuan) dan juga Pah (Tuhan Alam); ketika itu bangsa romawi yang muda mudi (lelaki dan perempuan) akan mengundi pasangannya(pilihanraya) ; kemudian bertukar hadiah sebagai pernyataan cinta kasih. Kemudian mereka akan berpesta dan..Wallahualam; gunakan imaginasi anda sendiri. Selama upacara ini juga; kaum muda akan menyebat sesama sendiri dan ramai kaum wanita mahu disebat kerana mereka mempercayai akan memperoleh kesuburan yang baik.

      Kemudian; apabila agama Kristian Katolik menjadi agama rasmi Rom; para pentadbir; penguasa serta tokoh-tokoh agama Romawi mengambil alih upacara ini dan mengubahnya serta diselitkan unsur-unsur Kristianisasi; seperti menukarkan nama-nama gadis dengan nama-nama paderi atau paus.
      Antara tokoh-tokoh yang bertanggungjawab akan perihal ini adalah seperti Caesar Constantine dan Pope (Paus) Gregory I. Gregory I telah menjadikan upacara Romawi kuno ini kepada acara gereja dengan nama Saint Valentine's Day untuk memperingati kematian St. Valentine yang kebetulan mati pada 14 Februari.


      apa pula kaitannya dengan St Valentine sampai ada hari yang istimewa diletakkan namanya; mengikut sejarah; Paderi Valentine melanggar perintah Caesar Claudius II dimana tentera hendaklah tidak berkahwin. Caesar Claudius II beranggapan bahawa tentera yang tidak berkahwin lebih gagah dan mempunyai konsentrasi yang tinggi di medan peperangan berbanding dengan tentera yang berkahwin; namun Paderi Valentine melanggarnya dengan mengadakan upacara perkahwinan secara sembunyi sehingga ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari; tragedi ini membuatkan Paderi Valentine dianugerahkan gelaran "Saint"; maka jadilah Hari Valentine.

      Trend mengirim kad Valentine dipengaruhi dari Duke of Orleans; ketika dipenjara di Menara London, mengirim surat beserta puisi kepada isterinya di Perancis ketika 14 Feruari , kemudian penyair Perancis ; Geoffrey Chaucer menjadikan ianya kepada trend dan diikuti sehingga kini.

      Ucapan "Be My Valentine" pula ada sejarahnya juga . "Valentine" dalam bahasa latin bermaksud; "Y
      ang Maha Perkasa, Yang Maha Kuat dan Yang Maha Kuasa" kata-kata ini ditujukan oleh Nimrod kepada Lupercus, tuhan Rom dahulukala. Jadi ; "Be My Valentine" menjadikan ianya satu statement; yang boleh mensyirikkan kita kerana ianya bermasud, "Jadilah Yang Maha Perkasaku,etc."seolah-olah menyembah berhala.
      Cupid pula adalah (baby cute bersayap yang anda lihat sentiasa di kad, atau didalam televisyen) adalah anak kepada Nimrod sendiri; dan dipanggil tuhan "cinta" kerana rupanya agak kacak sehinggakan berzina dengan ibunya sendiri.

      Jadi, Hari Valentine menjadi budaya anak-anak remaja sekarang, terutamanya MELAYU yang senang berjangkit dengan trend-trend barat. sedarlah kalian. berbaloikah kalian menyambut Hari Valentine yang "penuh bersejarah nanti"?

      Fikirkanlah.

      =artikel dipetik dari blog Hudzaifah.=

      Thursday, February 11, 2010

      dugaan



      baru petang tadi aku buat post pasal dugaan dan malam ni memang betul2 dugaan yang lebih besar datang. tak tahu nak fikir apa dan mana yang lebih penting. Assignment Pengurusan Pembelajaran yang tak siap lagi. lepas tu esok ada test ODE (ordinary differential equation) yang tak tau boleh jawab atau tak. alhamdulillah dah study sikit. harap2 boleh la yer...dan sejam yang lalu ada lagi satu dugaan. *rasanya boleh diandaikan sebagai dugaan.*kenapa la aku gatal tangan nak bukak facebook time ni. hohoho.






      Ya Allah, berikan aku kekuatan.


      Mak, nak balik rumah....capat la cuti...










      moral of the story:


      1. jangan buka facebook sewaktu anda tengah study.


      2. jangan tangguhkan kerja.


      3. "menangislah andai ia dapat meredakan keresahan hati."


      4. ape2 je la.. malas nak fikir. huhu.






      ok. need to stop. dah tak boleh nak baca ape yang aku tulis ni. semuanya nampak double.


      aku pulak tak habis study lagi... jap lagi nak buat latihan.


      fokus zulaikha!! fokus!!


      you can do it!!!!


      i'm the best!!


      -zulaikha-

      Monday, February 8, 2010

      let's learn mandrin - wo ai jiaren.

      Assalamualaikum.. Nǐ hǎo!.. cheyywah!! dah pandai cakap bahasa mandrin da dia ni..hehe..sem ni zu ambil subjek Communicative Chinese 1. kire belajar bahasa mandrin asas. Masa mula2 masuk kelas tu rase macam nak terbelit jugak lidah ni nak sebut perkataan2 dia. huhu..



      FYI, tadi kitorang ada simulasi. Ala2 ujian lisan jugak laaa... semua orang kena perkenalkan diri dan keluarga. jom tengok ape yang zu cakap pasal family zu. 


      Korang boleh la belajar skali yer...*kalau ada salah, zu mintak maaf awal2 ye...*


      Nǐ hǎo!

      Hello.



      Wǒ jiào Zulaikha.

      Nama saya Zulaikha.



      Wǒ èrshíyī sui.

      Saya berumur 21 tahun.



      Wǒ shì Sūdān Yī Dé Lìsī Shīfàn Dàxué xuésheng.

      Saya ialah pelajar Uni. Pendidikan Sultan Idris.



      Wǒ zhùzài Za'ba Sùshè.

      Saya tinggal di Kolej Za'ba.



      Wǒ Xuělán'é ren.

      Saya orang Selangor.



      Wǒ xǐhuan kàn xiáo shuō.

      Saya suka baca novel.



      Wǒ gēn jiārén zhùzài Gombak Permai Huāyuán.

      Saya dan keluarga saya tinggal di Taman Gombak Permai.



      Wǒ bàba jiào Mohd Nor Che Hassan.

      Nama ayah saya Mohd Nor Che Hassan.



      Wǒ bàba bù xǐhuan chànggē.

      Ayah saya tak suka menyanyi.



      Wǒ māma jiào Roslina Mohamed.

      Nama emak saya Roslina Mohamed.



      Tā shì lǎoshī.

      Dia adalah seorang guru.



      Wǒ māma xǐhuan cái féng.

      Emak saya suka menjahit.



      Māma jiāxiāng zài Jílándān.

      Emak saya berasal dari Kelantan.



      Wǒ yǒu liǎng ge dìdi hé sì ge mèimei.

      Saya ada 2 adik lelaki dan 4 adik perempuan.



      Wǒ dì-yì dìdi jiào Aminnordin. Tā jīnnián jiǔ suì.

      Adik lelaki pertama saya bernama Aminnordin. Dia berumur 9 tahun.



      Wǒ dì-èr dìdi jiào Lokman Hakim. Tā jīnnián bā suì.

      Adik lelaki kedua saya bernama Lokman Hakim. Dia berumur 8 tahun.



      Wǒ dì-yì mèimei jiào Nur Asilah. Tā jīnnián shíbā suì.

      Adik perempuan pertama saya bernama Nur Asilah. Dia berumur 18 tahun.



      Wǒ dì-èr mèimei jiào Nur Suhaili. Tā jīnnián shíwǔ suì.

      Adik perempuan kedua saya bernama Nur Suhaili. Dia berumur 15 tahun.



      Wǒ dì-sān mèimei jiào Nur Syahira. Tā jīnnián wǔ suì.

      Adik perempuan ketiga saya bernama Nur Syahira. Dia berumur 5 tahun. 



      Wǒ dì-sì mèimei jiào Aina Mardhiah. Tā jīnnián sì suì.

      Adik perempuan keempat saya bernama Aina Mardhiah. Dia berumur 4 tahun.



      Wǒ ài jiārén.

      Saya sayang keluarga saya. 



      Xièxie.

      Terima Kasih. 




      sekian... haaaa.... tu je la yang zu cakap tadi. kire ok la kan?? hehe... tapi kan.. ade yang zu main letak je. ikut suka..


      sukahati 1: betul ke wo baba tak suka nyanyi?? haha..tatau la..


      sukahati 2: Wǒ Xuělán'é ren.??? bukan kelantan dah ker??? ngeh3..* sebab kalau orang tanya pasal kelantan, zu cam taktau nak cakap ape. memang la kat 891227-03-****... tapi I duk slangor dah lame..*
      Related Posts with Thumbnails