Pelik tapi benar: Masuk rumah hantu lepas tu jerit-jerit. | .:: ZULAIKHA ::.

.::duit sewa rumah::.

Tuesday, January 25, 2011

Pelik tapi benar: Masuk rumah hantu lepas tu jerit-jerit.

Assalamualaikum. Salam sejahtera. Salam ceria kawan-kawan pembaca sekalian.

Kalau tengok tajuk ni, mesti ada yang tak puas hati. Lebih-lebih lagi pengusaha rumah-rumah hantu di funfair ataupun di karnival-karnival. Mungkin juga sesiapa yang suka masuk rumah hantu akan bidas ayat-ayat Zu hari ni. Tak ketinggalan, mungkin akan ada pembaca yang setuju dengan apa yang Zu nak cakap. Apa sekali pun, cuba baca dulu. Jangan gaduh-gaduh. Ok?


Masa Hari Terbuka Kolej Za'ba 2 3 hari lepas, kawan Zu ada ajak masuk rumah hantu. Tapi dengan segala hormatnya Zu tolak. Reason? Buat apa kalau masuk kalau lepas tu nak jerit-jerit? Aaaaa [Sila buat gaya orang menjerit] sane. Aaaaa sini. Betul-betul tak faham.


Nak kata penakut, tak kan la kot. Kalau penakut macam saya mesti la tak masuk awal-awal lagi kan? Zu ni pun bukan la berani sangat-sangat. Tapi kalau setakat cerita hantu tu alaahh.. memang tak tengok la. Bukannya apa, sebab tak nak jadi over imaginative je. Karang susah nak tidur malam. Huhu.


Ok. Berbalik kepada tajuk asal, korang rasa kenapa diorang (refer to orang yang jerit-jerit bila masuk rumah hantu. Kalau cool je, biar la nak masuk 10 kali pun..) kena nak jerit-jerit? Sebab terkejut or sebab takut? Ke ada sebab-sebab lain? Kalau ada idea korang boleh share kat ruang komen. Jangan segan-segan [iklan jap]


Kita ambil sebab kedua. Kalau takut, mesti la diorang tak masuk kan? Katakan diorang ni menjerit sebab terkejut. Terkejut - 'ter' means tak sengaja atau tak dijangka. Tu dah tak boleh nak buat apa la. Tapi, kenapa menjerit tahap high pitch? Cuba mengucap ke, istighfar ke. Kan insaf hantu-hantu tu. Huhu. Tak pun just jerit perlahan dah la. (Eh, ada ke jerit camtu?).


Sebenarnya la kan.. Kalau kita menjerit-jerit ni lagi la hantu betul-betul a.k.a syaitan suka. Karang tak pasal-pasal mengundang histeria. Tak pun kena rasuk. Nauzubillahiminzalik. Elok-elok nak suka-suka, kan dah jadi duka. 


Makanya, janganlah kita mengundang perkara-perkara yang 'merbahaya' ni. Saya rasa kita sendiri sedia maklum akibatnya macam mana. Kan? Kalau nak masuk rumah hantu atau nak tengok cerita hantu (bagi orang besar, budak-budak saya tak galakkan) saya tak kisah, cuma jangan la menjerit-jerit terjerit-jerit. Ingat, bukan kita je yang ada dalam dunia ni. Ya?


p/s: Entry ini dibawakan khas dari cafe BitaraSiswa UPSI. :)

salam sayang;
-zulaikha-

12 127 comments:

idea semulajadi said... [Reply to comment]

sokong sgt2~
kenapa la nak cari penyakit kan?
kite sokong sgt2 bab tgk cter hantu tu.
kite mmg xkan tgk punyerla!
watpe tgk kalo tahu bile tgk sah2 xley tido mlm nnt?
menyusahkan diri sendiri jer~

zulaikha said... [Reply to comment]

@idea semulajadi

betul2. kalau kawan ajak pun, Zu tak kan tengok. Dah tahu diri macam ni, lebih baik jangan cari penyakit kan. :)

Hati Batu said... [Reply to comment]

hehe tak pernah masuk lagi rumah hantu main2..hehe alhamdulillah rumah hantu betul2 pun belum pernah masuk lagi..hehe but, kalau tgk cerita2 kat tv mmg diorg jerit la kan..realiti belum pernah tgk org jerit..haha

nice info, thanks for sharing..=)

Nawza said... [Reply to comment]

hahaha....bese la 2. tpi yg bese jerit2 nie pompuan je kot..klu laki blak msti nak control macho
*xpnah try masuk mane2 umah antu event mase sek dlu ade club yg buat,...hahaha..

n3 terkini: Steambot MAEPS

Unknown said... [Reply to comment]

rumah hantu kan hiburan... ada penyakit ke dalamnye??? hehehe

zulaikha said... [Reply to comment]

@Hati Batu

Rumah hantu betul2 harap dijauhkan. Huhu. tau mau la masuk sana. Seriau.

zulaikha said... [Reply to comment]

@Nawza
Tak penah dengar lagi laki yg jerit. Jatuh saham beb.. :)

zulaikha said... [Reply to comment]

@azrie shariel
betul. Rumah hantu tu hiburan, tapi kalau lebih2 takut 'ada yang nak join berhibur sekali' je. Kan susah tu~~ :)

Syafiq Rosli said... [Reply to comment]

perempuan lah ske jerit2..hee

-Incek Fik- said... [Reply to comment]

Fikk setuju dengan statement Zulaikha! Ape jadah le makhlok² Allah pi masuk rumah hantu pastu jerit melalak sana sini sampai tak cukop anak tekak. Tak berfaedah langsong. Syaitan bangga betol kalo anak Adam takutkan depa walhal hakikatnya syaitan yang takut akan manusia oleh sebab amalan baiknya.

MasyaAllah! Syaitan tu musuh kita!

Kan lebih baik masuk rumah Allah.. Kan?

zulaikha said... [Reply to comment]

@Syafiq Rosli
tapi tak semua perempuan ye.. ;p

zulaikha said... [Reply to comment]

@F.I.C.K.R.Y
Betul tu fik, setuju sangat2.

Related Posts with Thumbnails