Hye.. Assalamualaikum.. Dalam entry sebelum ni Zu dah tulis cerita hari isnin kan? Kali ni hari selasa pulak ye. Konsep dia masih sama. Ini cerita tentang diri sendiri. Maaf lah kalau membosankan korang. Zu ingatkan nak tulis je semua dalam 1 post, tapi mengenangkan entry tu akan cecah lantai.. So, terpaksa la Zu pendekkan kepada part 1, part 2, dan part 3.
Selasa:
Hari ni tak ada kelas. Kelas dah dibatalkan. yess!! (rujuk part 1). Tapi still tak boleh santai - santai. Kena siapkan kerja cepat - cepat. ok. Teruskan kerja.. Masa makin suntuk. Nak kena pergi pekan lagi. Nak bank in duit kat mak. Urgent! Keluar dalam kul +- 12.40. Balik dari bank dah +- 2.40pm.. Kerja x siap lagi!!! waaa!!! tolong!!.
'Zulaikha,! think positive.! sempat lagi. Jangan gelabah. Nanti semua kerja tak jadi.'
Maka, hati pun tenang sikit. Memang kelam kabut la time tu. Dengan pakwe no.2 (En. Lappy) yang buat hal. Dia hang pulak. adoyai.. Nak manja - manja pulak time ni.. Tadi sebelum keluar pergi pekan dah hang dah sekali. Nasib baik sempat save semua. Kalau tak, meraung la jawabnye.. huhu..
Then, around 5.00pm (kot), ketua blok bagi tau yang Pengetua kolej nak datang malam ni. Adeh. Ni satu lagi kejutan.! dan kejutan yang lebih best lagi ialah pengetua nak tengok montaj aktiviti - aktiviti sebelum ni. Montaj AJK tu dah 95% siap. Tinggal yang tu kejap. Pergi collect gambar dari AJK lama. Time ni memang gelabah habis. Semua kelam kabut. Dengan bantuan Umi, Nadia (our leader) and Najwa, semua tu siap jugak akhirnya. Kalau tak silap dalam pukul 8.30 semua dah siap.
Kat dewan pulak, En. Lappy tak boleh nak detect projector.. Haish.. so pinjam lappy orang lain.. mula - mula tu agak terkial - kial jugak la nak guna. Dengan berdebar - debar nya lagi. Memang mencabar. Dia punya window 7. Zu ni guna XP je.. Pening jugak la sikit. Lama - lama makin ok. Sepanjang majlis tu berlangsung, kira ok la kot.. (bagi Zu la.) tapi masih boleh diperbaiki lagi.
Lepas majlis tu menang rasa lega sangat - sangat. Rasa ringan je. Sungguh! Zu ada la jugak suruh diorang komen. Diorang kata ok.. harap - harap betul la dan bukan untuk sedapkan hati Zu je.. huhu.. Malam tu boleh la tidur dengan lena...alhamdulillah..
Sekian terima kasih...
Ok.. cerita hari Selasa dah habis.. kita tunggu part 3 untuk cerita hari Rabu.. Cerita apa?? tunggu~~
3 127 comments:
Nice blog you have here. I'm on a blog-raider/raiding mission, maybe equal to tomb raider lara croft but the difference is I 'shoot' (special moments of course)while she 'loots'. Looking for potential customers who would be getting married soon or. No pun intended for those who are still looking...
Sorry for using this method as I can't afford to finance my business ads on media prima Tv channels.
http://videokahwin2.blogspot.com/
wah..besambung lagi...bile nak abis nie????
@wan:
dah sambung dah..
Post a Comment